Dec 11, 2006

Nikmat antara nikmat..

"Along, apakah nikmat yang terbesar untuk setiap manusia?"

[apa ya?? hmmm..]

"Hah, nikmat hidup...sebab jika tak hidup, macam mana nak dapat semua nikmat yang ada"

"Ada jawapan lain Ulfa?"

"Rasanya nikmat Islam. Sebab Islam itu tertinggi dan tiada yang lebih tinggi selainnya"

"Lagi?"

"Nikmat dunia kut, sebab kat dunia ni ada macam-macam untuk dinikmati. Makan, minum, tidur..hehe"

"Hmm, ok. Bagus, mari cerita tentang nikmat hidup"

Kami senyum. Jurulatih kami terus bercerita...

------------------------------------------------

Dari sebuah kehidupan, bermula segala. Dari setiap nafaslah, manusia dikira dan dihisab. Ada yang kumpul pahala, dan ada yang membukit dosa. Hidup adalah nikmat terbesar yang Allah kurniakan untuk setiap hambaNya.

Sebuah kehidupan itu ada ketetapan. Di dalamnya ada bahagian yang mutlak. Allah tetapkan hidupnya, matinya , rezeki dan juga jodoh.

Nikmat rezeki dilihatkan pada setiap makhluk Allah. Ianya boleh dirasa dan difikir. Jadi, Allah tebarkan aja setiap muka bumi dengan sumbernya, agar manusia dapat mencari. Nak cari kenalah usaha, kena bekerja. Sebab, ia tak datang bergolek.

...dan telah Alah janjikan, siapa usaha dengan tekun akan pasti mendapat kejayaan.

Bila manusia dilepaskan ke dunia, Allah kata kita asyraful mahluqat. Ya, makhluk paling mulia. Diberi 'aqal untuk berfikir dan taakul. Biar dapat pilih apa yang baik. Yang baik dan dapat ganjaran. Kumpul ganjaran pahala sebagai tiket ke syurga.

Yang cantiknya, 'aqal itu diletakkan di anatomi tertinggi dalam sistem badan. Dan, dalam solat, 'aqal di atas itulah yang akan sujud ke bawah. Serendah telapak kaki. Tanda penyembahan padaNya cuma. Hikmahnya, biar sehebat mana pun manusia, mereka tetap seorang hamba.

"Tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin selain utk menyembahKu"
[Al Dzariyaat:56]

Segala dan Allah susunkan. Undang-undangnya cukup mudah. Ikut aja, pasti beroleh barokah. Tapi, Allah masih kata, setiap kita akan ada ujian yang menimpa.

Tiap kesulitan, ada kesenangan. Itu dah Allah janjikan. Dan Allah pesan, jangan berputus asa. Sekurangnya kita masih hidup dan memiliki kudrat untuk merubah kesulitan itu berbanding insan lain yang lebih berat tekanan dan dugaannya.

Tersenyumlah wahai insan -insan yang tabah, Allah menduga dengan apa yang kita mampu. Dan, terus kutip ganjaran yang boleh ditukar menjadi tiket ke rumah orang bertaqwa.

No comments: